Demi Menyelamatkan Adiknya Yang Menghidap Leukimia, Pelajar 19 Tahun Ini Sanggup Jadi Buruh Binaan

Kisah ini pasti akan menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja yang membaca.Beberapa hari lalu, seorang abang yang sangat penyayang menangis teresak-esak selepas diberitahu bahawa wang yang diperlukan untuk rawatan adik kecilnya telah berjaya dikumpul dan terima kasih diucapkan kepada media sosial.


Menurut World of Buzz, lelaki yang juga pelajar sekolah berusia 19 tahun bernama Ma itu datang dari keluarga yang sangat miskin di wilayah Hubei, China. Sudahlah keadaan dan kehidupan keluarganya susah, lebih malang lagi apabila mereka diberitahu bahawa adik kecilnya yang berusia 3 tahun disahkan menghidap leukemia.

Meskipun ditentang keluarganya, Ma tetap membuat keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor, dengan harapan dia dapat menyembuhkan penyakit leukemia dihidapi adiknya itu.


Menurutnya, dia sama sekali tidak akan berputus asa untuk menyembuhkan penyakit adiknya itu. “Saya mesti sambung belajar di kolej perubatan, dengan itu sahaja lah saya akan dapat peluang menyembuhkan adik saya,” katanya.

Ma belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan akhir dan berjaya mendapat markah keseluruhan sebanyak 456 markah.

Sehari selepas selesai dengan peperiksaan itu, Ma terus mengorak langkah menuju ke tapak pembinaan untuk bekerja sebagai buruh pembinaan. Kedua ibu bapanya juga keluar bekerja sejak lebih kurang sebulan yang lalu dan neneknya yang berusia 80 tahun tinggal di rumah untuk menjaga adiknya yang sakit itu.

Ma sanggup mengerah tenaga dan melakukan apa sahaja demi mendapat wang untuk kos perubatan adiknya. Dia dilihat bekerja keras membawa batu bata, menyodok pasir dan kesemua kerja-kerja lain sebagai buruh pembinaan hanya untuk peroleh 100 Yuan (lebih kurang RM60) satu hari di tapak permbinaan tersebut.


Kisah menyentuh hatinya dipaparkan di media tempatan dan menjadi tular di internet. Kisah itu mendapat tontonan sebanyak 3.1juta dan semenjak itu, orang ramai mula menghulurkan sumbangan. Dalam masa 24 jam sahaja, sebanyak 600,000 Yuan (lebih kurang RM380,100) telah berjaya dikumpul. Jumlah itu cukup untuk membiayai kos pemindahan tulang sum sum kanak-kanak kecil tersebut.


Ma yang tidak dapat menahan sebak dan perasaan gembira akhirnya menitiskan air mata sebaik sahaja menerima berita baik itu. Dia berkata,

“Akhirnya adik kecil saya dapat diselamatkan.”

Masih ramai manusia yang prihatin dan baik hati untuk memberi sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Semoga pembedahan yang bakal dijalani adiknya berjalan dengan lancar dan kuat untuk melawat penyakit leukemia itu!

sumber