Pengumpul Sampah Ini Tidak Mempunyai Isteri Dan Anak, Tetapi Semasa Pengkebumiannya Ramai Yang Datang Dengan Deretan Kereta Mewah!

Heri adalah anak yatim piatu yang hidup sebatang kara, dari kecil dia tidak bersekolah sehingga dia tidak mempunyai kemampuan apapun dan tidak memiliki pekerjaan. Dengan latar belakang seperti ini tidak ada satu wanita pun yang mahu menikah dengannya, jadi cita-cita untuk memiliki isteri dan anak sudah dia pendam.


Heri bekerja sebagai pengumpul sampah, setiap hari dia mengelilingi kota untuk mengumpulkan sampah-sampah yang ada. Pada suatu hari Heri dilanggar oleh sebuah kereta dan kejadian itu menyebabkan kakinya menjadi cacat.

Heri merasakan Tuhan tidak adil, mengapa semua ini harus menimpanya? Mengapa hanya kesulitan yang ada dalam hidupnya? Dia merasa sangat kecewa dan ingin mati sahaja. Untungnya ada salah satu pegawai di hospital yang memberi semangat kepada Heri sehingga setelah keluar dari hospital, dia kembali mengumpulkan sampah.

Setiap hari dia rajin mengumpulkan sampah, perlahan-perlahan dia sudah boleh mengumpulkan duit, kawan-kawannya hairan kerana mereka fikir Heri tidak akan berkahwin, dia tidak mempunyai tanggungan apapun, jadi untuk apa Heri bekerja kuat dari pagi sampai malam? Bahkan dia juga tidak menggunakan duitnya untuk membeli baju atau makanan.

Ketika kawan-kawannya bertanya, dia hanya berdiam saja. Tahun berlalu begitu cepat, sekarang Heri sudah menjadi seorang yang tua, ramai pemuda yang berkata padanya,”Heri, kamu sudah tua, kata ayahku dari dulu kamu begitu giat bekerja, tapi kanu tidak pernah membelanjakan duit kamu, jadi duit itu untuk apa?”

“Kamu tidak ada anak, kalau duitnya tidak guna sendiri, jadi siapa yang akan gunakan duit itu?” Mendengar kata-kata ini, Heri tetap saja berdiam seribu kata dan tidak mempedulikan orang itu.

Tahun lalu Heri meninggal dunia di usia 88 tahun, tidak ada tanda apapun yang menunjukan bahawa Heri akan meninggal. Saat jiran tetangga ingin menziarah ke rumah Heri, mereka sangat terkejut kerana di depan rumah Heri terdapat banyak kereta mewah.

Jiran tetangga berfikir, kereta siapa ini? Bukankah Heri tidak mempunyai keluarga, mengapa begitu banyak orang yang datang menziarah?

Ternyata selama ini Heri sudah membantu anak-anak di yayasan panti asuhan, dia menggunakan duitnya untuk mengurus anak-anak tersebut. Setelah dewasa, anak-anak tersebut mula bekerja dan berjaya sehingga beberapa orang diantaranya boleh membeli kereta mewah.

Semua anak asuhan Heri datang untuk menziarah dan mengantar Heri ke tempat yang terakhir, mereka ingin ayah angkat mereka dapat beristirahat dengan tenang. Heri juga sudah mendermakan semua duutnya ke yayasan panti asuhan.

Setelah mengetahui cerita ini, jiran tetangga tidak dapat menahan sebak. Heri adalah orang yang jujur menghadapi segala rintangan dalam hidupnya, bahkan dalam kesulitannya pun dia masih rela membantu orang lain.

sumber

Demi Menyelamatkan Adiknya Yang Menghidap Leukimia, Pelajar 19 Tahun Ini Sanggup Jadi Buruh Binaan

Kisah ini pasti akan menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja yang membaca.Beberapa hari lalu, seorang abang yang sangat penyayang menangis teresak-esak selepas diberitahu bahawa wang yang diperlukan untuk rawatan adik kecilnya telah berjaya dikumpul dan terima kasih diucapkan kepada media sosial.


Menurut World of Buzz, lelaki yang juga pelajar sekolah berusia 19 tahun bernama Ma itu datang dari keluarga yang sangat miskin di wilayah Hubei, China. Sudahlah keadaan dan kehidupan keluarganya susah, lebih malang lagi apabila mereka diberitahu bahawa adik kecilnya yang berusia 3 tahun disahkan menghidap leukemia.

Meskipun ditentang keluarganya, Ma tetap membuat keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor, dengan harapan dia dapat menyembuhkan penyakit leukemia dihidapi adiknya itu.


Menurutnya, dia sama sekali tidak akan berputus asa untuk menyembuhkan penyakit adiknya itu. “Saya mesti sambung belajar di kolej perubatan, dengan itu sahaja lah saya akan dapat peluang menyembuhkan adik saya,” katanya.

Ma belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan akhir dan berjaya mendapat markah keseluruhan sebanyak 456 markah.

Sehari selepas selesai dengan peperiksaan itu, Ma terus mengorak langkah menuju ke tapak pembinaan untuk bekerja sebagai buruh pembinaan. Kedua ibu bapanya juga keluar bekerja sejak lebih kurang sebulan yang lalu dan neneknya yang berusia 80 tahun tinggal di rumah untuk menjaga adiknya yang sakit itu.

Ma sanggup mengerah tenaga dan melakukan apa sahaja demi mendapat wang untuk kos perubatan adiknya. Dia dilihat bekerja keras membawa batu bata, menyodok pasir dan kesemua kerja-kerja lain sebagai buruh pembinaan hanya untuk peroleh 100 Yuan (lebih kurang RM60) satu hari di tapak permbinaan tersebut.


Kisah menyentuh hatinya dipaparkan di media tempatan dan menjadi tular di internet. Kisah itu mendapat tontonan sebanyak 3.1juta dan semenjak itu, orang ramai mula menghulurkan sumbangan. Dalam masa 24 jam sahaja, sebanyak 600,000 Yuan (lebih kurang RM380,100) telah berjaya dikumpul. Jumlah itu cukup untuk membiayai kos pemindahan tulang sum sum kanak-kanak kecil tersebut.


Ma yang tidak dapat menahan sebak dan perasaan gembira akhirnya menitiskan air mata sebaik sahaja menerima berita baik itu. Dia berkata,

“Akhirnya adik kecil saya dapat diselamatkan.”

Masih ramai manusia yang prihatin dan baik hati untuk memberi sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Semoga pembedahan yang bakal dijalani adiknya berjalan dengan lancar dan kuat untuk melawat penyakit leukemia itu!

sumber

Daging Sushi Yang Hidup Dan Bergerak-Gerak Menjadi Kegilaan Terbaru Di Jepun!

Kebiasaannya, daging yang digunakan untuk hidangan sushi sudah tentunya diambil daripada haiwan yang sudah pun mati. Namun di Jepun, sebuah restoran sushi yang dikenali sebagai Sushiro telah membuatkan hidangan yang dijual di restorannya berbeza daripada tempat lain.


Seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah berkunjung ke sebuah cawangan restoran itu di Jepun dan memesan sepiring sushi hokkigai untuk dimakan.

Namun setibanya hidangan yang dipesan olehnya, beliau mendapati daging yang diletakkan di atas sushi tersebut bergerak-gerak seseolah masih hidup.

Lebih mengerikan apabila daging itu memberikan tindakbalas apabila dicuit menggunakan penyepit dengan mengangkat sebahagian daripada ‘tubuhnya’.

Walau bagaimanapun, pergerakan pada daging tersebut bukanlah petanda bahawa haiwan itu masih hidup, sebaliknya itu merupakan reaksi daripada saraf otot yang masih aktif kerana daging itu tidak dimasak dengan sempurna.

sumber

Kerana Tiada Nilai, Wang Kertas Venezuela Digubah Jadi Kraftangan Untuk Dijual!

Berikutan krisis ekonomi yang melanda Venezuela, matawang negara itu, Bolivar telah menjadi tidak mempunyai nilai sehingga wang kertas matawang itu dilihat dibuang ditepi-tepi jalan tanpa dihiraukan oleh orang ramai.


Memandangkan duit Bolivar mereka sudah tidak mempunyai sebarang nilai lagi, masyarakat di sana telah mengubahkannya menjadi sesuatu benda yang berharga untuk dijual bagi mendapatkan matawang asing.


Wilmer Rojas, 25 tahun yang sebelum ini menggunakan wang kertas Bolivar untuk membeli barang-barangan kini telah menjadikan wang kertas itu sebagai beg tangan, beg duit, bakul dan topi yang digayakannya dalam pelbagai bentuk origami yang kreatif.


Menurut beliau, di antara bahan-bahan lain yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk membuat hasil kraftangan seperti surat khabar lama dan juga majalah lama, wang keras Bolivar merupakan bahan yang terbaik kerana ianya tidak memiliki sebarang nilai berbanding dengan kedua-dua bahan tadi itu.


Tambah Rojas lagi, sebiji gula-gula yang dijual kini tidak boleh dibeli dengan sekeping atau pun sepuluh keping wang kertas Bolivar, namun hasil kraftangannya bernilai lebih mahal berbanding dengan sebiji gula-gula itu dengan nilai jualan lebih kurang 300,000 Bolivar yang mencukupi untuk membeli sekilo daging.


Selain daripada menjadikan wang kertas itu sebagai origami, terdapat juga seorang lelaki yang berusia 26 tahun di sana yang melukis di atas wang kertas itu untuk dijual sebagai hasil seni kepada orang ramai.

sumber

Subhanallah!! Inilah Kisah Pohon Kurma Menangis Kerana Rindu Rasulullah

SIAPA yang tidak rindu dengan sosok baginda Rasulullah SAW, hampir semua umat muslim tentunya sangat merindukan utusan Allah tersebut. Bahkan dalam sejarah Islam disebutkan, pohon kurma pun menangis kerana merindukan Rasulullah.

Kisah tersebut terjadi pada suatu Jumaat, warga Madinah tiba-tiba digemparkan dengan suara tangis yang teramat pilu dan tidak berhenti- henti. Suara seperti rengekan bayi itu ternyata diketahui berasal dari Masjid Nabawi.


Para sahabat Rasul yang berada di masjid pun kebingungan, siapa gerangan yang menangis. Saat itu, mereka tengah berkumpul untuk menjalankan solat Jumat.

Diriwayatkan dalam hadist dari Jabir Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berdiri di atas sebatang pohon kurma ketika berkhutbah. Setelah dibuatkan mimbar, kami mendengar sesuatu pada batang pohon kurma tersebut seperti suara teriakan unta yang hamil.

Sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam turun, lalu meletakkan tangannya pada batang kurma tersebut. Setelah itu, batang pohon itu pun diam.”

Sementara dalam riwayat lain disebutkan, “Ketika hari Jum’at, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam duduk di atas mimbar. Lalu batang kurma yang biasa beliau berkhutbah di sana itu berteriak, hampir- hampir batang kurma itu terbelah.”

Adapun dalam riwayat Bukhari disebutkan, “Lalu batang kurma itu berteriak seperti teriakan anak kecil. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam turun lalu memegangnya dan memeluknya. Setelah itu, mulailah batang pohon itu mengerang seperti erangan anak kecil yang sedang diredakan tangisannya sampai ia terdiam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda,

“Ia menangis karena dzikir yang dulu biasa ia dengar.” (HR. Bukhari no. 2095. Disebutkan dalam Riyadh Ash-Shalihin karya Imam Nawawi pada hadits no. 1831).

Tangisan terdengar saat Rasulullah memberikan khutbah. Mendengar suara tangis si pohon kurma, Rasulullah pun turun dari mimbar menunda khutbahnya. Sang Nabiyullah kemudian mendekati pohon kurma.

Beliau mengelusnya, kemudian memeluknya. Maka, berhentilah suara tangisan itu. Ternyata, si pohon kurma itulah yang menangis. Hampir saja pohon itu terbelah karena jerit tangisnya.

Sejak Masjid Nabawi berdiri, pohon kurma itu telah di sana. Tak hanya menjadi tonggak, pohon kurma tersebut selalu menjadi sandaran Nabi acapkali beliau memberikan khutbah.

Beberapa hari sebelum Jumaat yang sedih bagi si pohon kurma, seorang wanita tua Anshar mendatangi Rasulullah. Ia memiliki putra seorang tukang kayu dan ia menawarkan sebuah mimbar untuk Rasul.

“Wahai Rasulullah, maukah kami buatkan mimbar untuk Anda?” ujarnya. Rasulullah pun menjawab, “Silakan jika kalian ingin melakukannya,” ujar beliau.

Maka, pada Jumat keesokan hari, mimbar Rasul telah siap digunakan. Mimbar itu pun diletakkan di dalam masjid.

Saat Rasul menaiki mimbar, menangislah si pohon kurma kerana ia tak lagi menjadi “teman” Rasul dalam khutbah Jumaat seperti biasa. “Pohon ini menangis kerana tak lagi mendengar nasihat yang biasa disampaikan di sampingnya,” ujar Rasul setelah memeluk pohon tersebut.

Setelah dipeluk Nabiyullah, si pohon kurma bahagia. Ia tak lagi menangis dan dirundung kesedihan. Meski tak lagi mendampingi Nabi, mendapat pelukan dari Nabi cukup mengubati rasa sedihnya.

Rasulullah pun berkata kepada para sahabat, “Kalau tidak aku peluk dia, sungguh dia akan terus menangis hingga hari kiamat,” sabda Nabi.

Kisah tangisan pohon kurma itu pun benar-benar terjadi dan Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan bahawa menangisnya pohon kurma menjadi bukti firman Allah.

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”

Sementara itu Ibnu Abi Hatim menyatakan bahwa terdengarnya tangisan pohon kurma menjadi salah satu mukjizat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

“Allah tidaklah pernah memberikan sesuatu kepada seorang Nabi seperti yang diberikan pada Nabi Muhammad.”

Aku (Ibnu Abi Hatim) berkata, “Nabi Isa diberi mukjizat boleh menghidupkan yang mati.” Imam Syafi’i berkata, “Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam diberi mukjizat boleh mendengar suara rintihan batang kurma yang menangis (kerana ia tidak mendengar lagi dzikir yang dibaca Nabi ketika Nabi beralih menggunakan mimbar).

Mukjizat ini lebih luar biasa dari mukjizat yang diberikan pada Nabi Isa.” (Fath Al-Bari, 6: 603)

Bila pohon kurma saja menangis kerana rindu dengan dzikirnya Rasulullah, tentunya seberapa besar kerinduan kita terhadap utusan Allah tersebut?

Allahuakhbar!! sugguh mulianya nabi Muhammad sehinggakan pohon kurma pun mennagis kerana terlalu rindukannya. Bagaimana pula dengan kita yang menjadi khalifah di dunia ini,diberikan cukup rezeki akal dan fikiran tetapi masih ingkar dengan perintah Allah dan rasul. Sungguh malu rasanya dengan pohon kurma ini. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Wallahualam.

Sumber : http://katakpisang.com/ilmiah/subhanallah-inilah-kisah-pohon-kurma-menangis-kerana-rindu-rasulullah/

'Baby' Ney Ney Viral Sekelip Mata

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas dilahirkan pagi semalam, wajah comel bayi Nora Danish pantas dikongsi netizen dalam media sosial sebaik suami aktres jelita itu, Nedim Nazri memuat naik foto putera yang diberi nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz itu.


Dalam sepantas kilat, foto Mohamed Neqayl atau dipanggil 'Ney Ney' menjadi viral hingga ramai membangkitkan persoalan apakah wajar pasangan ini berkongsi wajah permata hati mereka dalam tempoh singkat selepas dilahirkan.

Selain menatap wajah Ney Ney yang masih merah, netizen juga dapat melihat rupa Nora yang baru melahirkan bayi secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Sebelum ini, ramai pasangan selebriti memilih tidak berkongsi foto anak yang baru dilahirkan hingga tempoh tertentu atas alasan privasi dan pantang larang.

Menemui Nora di hospital, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu memberitahu BH Online, dia dan suami mengambil pendekatan terbuka dalam soal itu.

"Saya dan suami memang 'sempoi' sebab tidak mengambil masa lama hendak tayang wajah anak kami. Lagipun, saya sendiri, selepas dua tiga hari bersalin, pasti akan kongsi foto anak ini.

"Saya percaya setiap orang ada cara sendiri dalam hal ini," katanya yang ceria menyambut kelahiran putera keduanya itu.

Berkongsi saat kelahiran Ney Ney, Nora memberitahu, semuanya dipermudahkan.

"Saya tak lama pun dalam dewan pembedahan. Tak sampai sejam.

"Cuma sebelum ini, ketika melahirkan Putra Rayqal, prosesnya normal. Jadi, saya rasa dua pengalaman berbeza. Rayqal pun sudah lama mahukan adik, akhirnya saya dapat penuhi impiannya.

"Biarpun saya dan suami sudah ada anak lelaki dari perkahwinan terdahulu, keterujaan kali ini sangat berbeza ," katanya.

Nedim yang ditemui pula memanjat kesyukuran di atas kelahiran Ney Ney.

"Saya paling gembira... Sukar diluahkan dengan kata-kata. Ia nikmat yang sangat indah. Memang saya tak tidur semalam, tapi semua itu berbaloi apabila melihat anak dan isteri selamat," kata Nedim.

Ney Ney dilahirkan secara pembedahan jam 9.02 pagi semalam dengan berat 3 kilogram.

Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber : https://www.bharian.com